Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منِ اتَّبع كتابَ اللهِ؛ هداهُ اللهُ منَ الضلالةِ، ووقاهُ سوءَ الحسابِ يومَ القيامةِ، وذلكَ أنَّ اللهَ يقولُ: {فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى}.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengikuti Kitab Allah, Allah berikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan dan memeliharanya dalam keburukan hisab pada hari kiamat, demikian itu, Allah berfirman: Maka sesiapa yang mengikut petunjukku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara, [Surah Taha ayat 123].
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278, hadis no. 6549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من اتبع كتاب الله؛ هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: {فمن اتبع هداي فلا يضل ولا يشقى}. [طب، ((الضعيفة)) (4531)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang mengikuti Kitab Allah, Allah berikan petunjuk kepadanya daripada kesesatan dan memeliharanya dalam keburukan hisab pada hari kiamat, demikian itu, Allah berfirman: Maka sesiapa yang mengikut petunjukku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara, [Surah Taha ayat 123]. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (4531)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman