Sesiapa yang mengikuti jenazah, maka pikullah setiap sudut pembaringannya

TEKS BAHASA ARAB

من اتبع جنازة؛ فليحمل بجوانب السرير كلها؛ فإنه من السنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengikuti jenazah, maka pikullah setiap sudut pembaringannya, kerana ia termasuk sunnah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278, hadis nombor 6548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: من اتبع جنازة؛ فليحمل بجوانب السرير كلها؛ فإنه من السنة.
[هـ، الطيالسي، ((الضعيفة)) (4530)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Sesiapa yang mengikuti jenazah, maka pikullah setiap sudut pembaringannya, kerana ia termasuk sunnah.
[Riwayat Ibn Majah dan al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4530]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs