Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أقرَّ بالخراجِ وهو قادِرٌ علَى أن لا يقرَّ بِهِ؛ فعَليهِ لَعنةُ اللَّهِ والملائِكَةِ والنَّاسِ أجمعينَ، لا يَقبلُ اللَّهُ منهُ صرفًا ولا عدلًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengiktiraf cukai tanah sedangkan dia mampu untuk tidak berbuat demikian, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya. Malah, Allah tidak akan menerima amalannya, baik yang sunnah mahupun yang wajib.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 847-848, hadis no. 4346. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Anas bin Mālik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengiktiraf cukai tanah sedangkan dia mampu untuk tidak berbuat demikian, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya. Malah, Allah tidak akan menerima amalannya, baik yang sunnah mahupun yang wajib. [Riwayat Ṣālih bin Aḥmad dalam Masā‘ilnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5738]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman