Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menghitung hari esoknya daripada ajalnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ عَدَّ غَداً مِنْ أَجْلِهِ فَقَدْ أَسَاءَ صحبة الموت.

Teks Bahasa Melayu

"Sesiapa yang menghitung hari esoknya daripada ajalnya, maka dia telah bersikap buruk dalam berteman dengan kematian".

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 74, hadis no. 424. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Baihaqi berkata: "Sanadnya majhul (tidak dikenali) ". Saya pula berkata bahawa ia batil dan bukan berasal daripada kalam Nabi SAW, ia seakan-akan kalam sebahagian orang-orang soleh, lalu salah seorang perawi dha'if atau perawi majhul (tidak dikenali) telah meriwayatkannya secara marfu'

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.