Sesiapa yang menghitung dan mengira

TEKS BAHASA ARAB

من عد غدا من أجله؛ فقد أساء صحبة الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghitung dan mengira bahawa hari esok termasuk dalam umurnya, maka dia telah memburukkan persahabatannya dengan kematian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2034 hadis nombor 10236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عن الصادق جعفر بن محمد عن أبيه عن آبائه مرفوعا: من عد غدا من أجله، فقد أساء صحبة الموت.
[النعالي في ((حديثه))، خط، ((الضعيفة)) (4621)]

(Lemah)
Daripada al-Siddiq Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya daripada ayahnya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghitung dan mengira bahawa hari esok termasuk dalam umurnya, maka dia telah memburukkan persahabatannya dengan kematian.
[Riwayat al-Na’ali dalam Hadithih dan al-Khatib al-Baghdadi. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 4621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs