Sesiapa yang menghisap rokok walaupun sekali

TEKS BAHASA ARAB

من شرب الدخان القاحك ولو كان مرة دخل النار في بطنه ونفس قلبه بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghisap rokok walaupun sekali, perutnya akan dimasukkan api dan jantungnya akan bernafas dengan api.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَمن هَذَا الْقَبِيل أَحَادِيث النَّهْي عَن شرب دُخان التنباك فَإِنِّي رأيتُ فِي رِسَالَة لبَعض مانعيه أَخْبَار منسوبة إِلَى النَّبِي.

Di antara hadis palsu yang lain berkenaan dengan menghisap daun tembakau ialah:
من شرب الدخان القاحك ولو كان مرة دخل النار في بطنه ونفس قلبه بالنار
Maksudnya : “Sesiapa yang menghisap rokok walaupun sekali perutnya akan dimasukkan api dan jantungnya akan bernafas dengan api.”

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs