Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من فَرَّجَ على مسلمٍ كُرْبَةً؛ جعل اللهُ تعالى له يومَ القيامةِ شُعْبَتَيْنِ من نورٍ على الصراطِ؛ يَسْتَضِيءُ بضَوْئِهِما عالَمٌ لا يُحْصِيهِم إلا رَبُّ العِزَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghindarkan kesusahan daripada seseorang muslim, Allah akan menjadikan baginya pada hari kiamat dua kelompok cahaya di atas titian sirat, dengan dua cahaya itu ia menerangi alam yang tidak dapat dikira kecuali Allah Ta‘ala.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 678, hadis no. 3487. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من فرج على مسلم كربة؛ جعل الله تعالى له يوم القيامة شعبتين من نور على الصراط؛ يستضيء بضوئهما عالم يحصيهم إلا رب العزة)). [طس، ((الضعيفة)) (5312)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghindarkan kesusahan daripada seseorang muslim, Allah akan menjadikan baginya pada hari kiamat dua kelompok cahaya di atas titian sirat, dengan dua cahaya itu ia menerangi alam yang tidak dapat dikira kecuali Allah Ta‘ala. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5312]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman