Sesiapa yang menghina sultan Allah (di bumi) maka Allah akan menghinanya

TEKS BAHASA ARAB

من ‌أهان ‌سلطان الله [في الأرض] أهانه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghina sultan Allah (di bumi) maka Allah akan menghinanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis nombor 3956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زياد بن كسيب، قال: خرج ابن عامر فصعد المنبر، وعليه شياب رقاق، فقال بلال: انظروا إلى أميركم يلبس لباس الفساق! فقال أبو بكرة من تحت المنبر: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من أهان سلطان الله [في الأرض] أهانه الله)). [الطيالسي، ت، حم، ابن حبان في الثقات، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1465)]

(Lemah) Daripada Ziyad bin Kasib berkata: Ibn Amir keluar dan naik ke atas mimbar, padanya ada pakaian yang nipis. Lalu Bilal berkata: Lihatlah kepada pemimpin kamu ini, dia memakai pakaian orang-orang yang fasik! Lalu Abu Bakrah berkata dari bawah mimbar: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghina sultan Allah (di bumi) maka Allah akan menghinanya. [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya, al-Tirmidhi dalam al-Sunan, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1465]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs