Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أَهانَ سُلطانَ اللَّهِ [في الأرضِي أَهانَهُ اللَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghina sultan Allah (di bumi) maka Allah akan menghinanya.
Sahabat Perawi
- Ziyad bin Kasib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 773, hadis no. 3956. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن زياد بن كسيب، قال: خرج ابن عامر فصعد المنبر، وعليه ثياب رقاق، فقال بلال: انظروا إلى أميركم يلبس لباس الفساق! فقال أبو بكرة من تحت المنبر: سمعت رسول الله ﷺ يقول: ((من أهان سلطان الله [في الأرض] أهانه الله)). ]الطيالسي، ت، حم، ابن حبان في ((الثقات))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1465)].
(Lemah) Daripada Ziyad bin Kasib berkata: Ibn Amir keluar dan naik ke atas mimbar, padanya ada pakaian yang nipis. Lalu Bilal berkata: "Lihatlah kepada pemimpin kamu ini, dia memakai pakaian orang-orang yang fasik!" Lalu Abu Bakrah berkata dari bawah mimbar: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghina sultan Allah (di bumi) maka Allah akan menghinanya. [Riwayat Al-Tayalisi dalam Musnadnya, Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.1465].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman