TEKS BAHASA ARAB
من عير أخاه بذنب، لم يمت حتى يعمله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menghina saudaranya dengan sesuatu dosa, nescaya dia tidak akan meninggal dunia sehingga dia sendiri melakukannya (dosa yang dihinanya itu).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: من عير أخاه بذنب، لم يمت حتى يعمله.
[ت، ابن أبي الدنيا في ((ذم الغيبة))، عد، خط، ((الضعيفة)) (178)]
(Palsu)
Daripada Muaz bin Jabal – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Maksudnya: “Sesiapa yang menghina saudaranya dengan sesuatu dosa, nescaya dia tidak akan meninggal dunia sehingga dia sendiri melakukannya (dosa yang dihinanya itu).
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan, Ibn Abu al-Dunya dalam Dzamm al-Ghibah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 178]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.