Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim

TEKS BAHASA ARAB

من فرج على مسلم كربة؛ جعل الله -تعالى- له يوم القيامة شعبتين من نور على الصراط؛ يستضيء بضوئهما عالم لا يحصيهم إلا رب العزة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim, Allah SWT akan menjadikan untuknya pada hari kiamat dua bahagian daripada cahaya di atas titian sirat. Kedua-dua cahayanya akan menerangi alam yang tidak terhitung melainkan Rabb al-‘Izzah (Allah SWT).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من فرج على مسلم كربة؛ جعل الله -تعالى- له يوم القيامة شعبتين من نور على الصراط؛ ييستضيء بضوئهما عالم لا يحصيهم إلا رب العزة.
[طس، ((الضعيفة)) (5312)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim, Allah SWT akan menjadikan untuknya pada hari kiamat dua bahagian daripada cahaya di atas titian sirat. Kedua-dua cahayanya akan menerangi alam yang tidak terhitung melainkan Rabb al-‘Izzah (Allah SWT).
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5312]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs