Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ فَرّجَ على مُسْلمٍ كُرْبةً؛ جعل اللهُ -تعالى- له يوم القيامة شُعْبتين من نور على الصِّراط؛ يستضيء بضوئهما عالم لا يحصيهم إلا رب العزة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim, Allah SWT akan menjadikan untuknya pada hari kiamat dua bahagian daripada cahaya di atas titian sirat. Kedua-dua cahayanya akan menerangi alam yang tidak terhitung melainkan Rabb al-‘Izzah (Allah SWT).
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis no. 521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghilangkan kesusahan seorang muslim, Allah SWT akan menjadikan untuknya pada hari kiamat dua bahagian daripada cahaya di atas titian sirat. Kedua-dua cahayanya akan menerangi alam yang tidak terhitung melainkan Rabb al-‘Izzah (Allah SWT). [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5312]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman