Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku maka dia telah mencintaiku

Teks Bahasa Arab

مَن أحيا سنَّتي فقَد أحبَّني، ومَن أحبَّني كانَ مَعي في الجنَّةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku maka dia telah mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku maka dia bersamaku dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1278 - 1279, hadis no. 6550. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من أحيا سنتي فقد أحبني، ومن أحبني كان معي في الجنة. [الرازي في ((مشيخته))، ابن بطة، طس، الجوهري في ((مجلسين من الأمالي))، اللالكائي، الهروي في ((ذم الكلام))، ابن نصر في ((الصلاة))، عفيف الدين في ((فضل العلم))، ((الضعيفة)) (4538)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku maka dia telah mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku maka dia bersamaku dalam syurga. [Riwayat al-Razi dalam Mashaikhah beliau, Ibn Battah, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Jawhari dalam Majlisin Min al-Amali, al-Lalaka'ei, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, Ibn Nasr dalam al-Solat dan 'Afif al-Din dalam Fadl al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4538]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.