Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintaiku

TEKS BAHASA ARAB

من أحيا سنتي فقد أحبني ومن أحبني كان معي في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku di dalam syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 249-250, hadis nombor 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه العقيلي (166/ 1) من طريق نعيم حماد حدثنا بقية عن عياض بن سعيد المازني قال: حدثني سعيد بن خالد بن أنس بن مالك عن أنس مرفوعاً.
قلت: وهذا سند واه. نعيم بن حماد فيه مقال. وبقية بن الوليد يدلس التسوية، ولم يصرح بالتحديث. وعياض بن سعيد مجهول بالنقل كما قال العقيلي والذهبي. وخالد بن أنس قال الذهبي: لا يعرف وحديثه يعني هذا منكر جداً. وأخرجه العقيلي (59/ 2) في ترجمة خالد بن أنس وقال: وفي هذا الباب أسانيد لينة من غير هذا الوجه.
وللحديث وجه آخر عن أنس. أخرجه الترمذي (2678) مختصراً والطبراني في الصغير (2/ 32- 33) مطولاً من طريق محمد بن عبد الله الأنصاري عن أبيه عبد الله بن المثنى عن علي بن زيد بن جدعان عن سعيد بن المسيب عن أنس فساق حديثا طويلاً يوصيه فيه النبي صلى الله عليه وسلم بوصايا منها: يا بني إن قدرت أن تصبح وتمسي وليس في قلبك غش لأحد فافعل. يا بني وذلك من سنتي ومن أحيا سنتي فقد أحبني ومن أحبني كان معي في الجنة…الخ. قال الترمذي: حسن غريب. وحقه أن يقال فيه: غريب والمتن فيه نكارة في مواقع منه وعلي بن زيد ضعيف لسوء حفظه. قال الترمذي: وذاكرت بالحديث محمد بن إسماعيل يعني البخاري فلم يعرفه.

Munkar. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (1/166) melalui sanad Nu’aim bin Hammad. Beliau berkata: Baqiyyah telah menceritakan kepada kami daripada ‘Iyyadh bin Sa’id al-Mazini. Beliau berkata: Sa’id bin Khalid bin Anas bin Malik telah menceritakan kepada saya secara marfu’.
Saya berkata: Sanadnya wahin (terlalu dha’if). Nu’aim bin Hammad terdapat pertikaian tentang beliau. Manakala, Baqiyyah bin al-Walid pula melakukan tadlis al-Taswiyah dan beliau tidak menyebutkan secara jelas lafaz al-Tahdith. ‘Iyyadh bin Sa’id seorang yang tidak dikenali meriwayatkan hadith sebagaimana disebutkan oleh al-‘Uqaili dan al-Zahabi. Khalid bin Anas pula, al-Zahabi berkata: "Tidak dikenali hadithnya. Maksudnya hadith ini adalah sangat munkar".
Al-‘Uqaili turut mengeluarkan hadith tersebut (2/59) dalam bigorafi Khalid bin Anas dan berkata: "Dalam bab ini terdapat sanad-sanad lain yang lemah selain sanad ini". Hadith tersebut turut diriwayatkan melalui sanad lain daripada Anas. Ianya telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (2678) secara ringkas, al-Tabarani dalam al-Saghir (2/32-33) secara panjang lebar melalui sanad Muhammad bin Abd Allah al-Ansari daripada ayahnya Abd Allah bin al-Muthanna daripada ‘Ali bin Zaid bin Jud’an daripada Sa’id bin al-Musayyib daripada Anas, lalu beliau membawakan satu hadith panjang yang mengandungi beberapa pesanan Nabi SAW, antaranya: "Wahai anakku! Jika kamu mampu berada di waktu pagi dan petang dalam keadaan hati kamu tiada rasa dengki kepada sesiapa, maka lakukanlah. Wahai anakku! Itu adalah sebahagian sunnahku, sesiapa yang menghidupkan sunnahku maka dia mencintaiku dan sesiapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku dalam syurga…".
Al-Tirmizi telah mengulas riwayat tersebut. Beliau berkata: "Hasan gharib". Lebih baik jika disebut: "Gharib". Matan hadith tersebut terdapat kesalahan dalam beberapa tempat dan ‘Ali bin Zaid adalah seorang yang lemah (dha’if) kerana ingatan beliau yang buruk. Al-Tirmizi berkata: "Aku pernah bermuzakarah tentang hadith tersebut dengan Muhammad bin Isma’il iaitu al-Bukhari, namun beliau tidak mengetahuinya".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs