Sesiapa yang menghidupkan sunnah

TEKS BAHASA ARAB

من أحيى سنة وأمات بدعة كان له أجر مائة شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, baginya pahala seratus orang yang syahid.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في حديث حسن من أحيى سنة وأمات بدعة كان له أجر مائة شهيد.

Di dalam satu hadith yang hasan:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, baginya pahala seratus orang yang syahid.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs