Sesiapa yang menghidupkan malam-malam yang empat, maka wajib baginya syurga

TEKS BAHASA ARAB

من أحيا الليالي الأربع وجبت له الجنة، ليلة التروية وليلة عرفة، وليلة النحر، وليلة الفطر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghidupkan malam-malam yang empat, maka wajib baginya syurga: malam al-Tarwiyah, malam Arafah, malam al-Nahr (Aidiladha) dan malam al-Fitr (Aidilfitri).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis nombor 1898. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، مرفوعا: «من أحيا اللَّياليَ الأربعَ وجبت لهُ الجنَّةُ، ليلةَ التَّرويةِ وليلةَ عرفةَ، وليلةَ النَّحرِ، وليلةَ الفطرِ». [ابن نصر المقدسي في «جزء من الأمالي»، «الضعيفة» (522)].

(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menghidupkan malam-malam yang empat, maka wajib baginya syurga: malam al-Tarwiyah, malam Arafah, malam al-Nahr (Aidiladha) dan malam al-Fitr (Aidilfitri)". [Diriwayatkan oleh Ibn Nasr al-Maqdisi dalam Juz' min al-Amali. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 522].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs