Sesiapa yang menghidupkan malam dua hari raya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحيى ليلتي العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghidupkan malam dua hari raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لابن ماجه ضعيف.

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah. Ia adalah hadith daif (lemah).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.