Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis nombor 1874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه – مرفوعاً: «مَن أحيا ليلةَ الفطرِ وليلةَ الأضحى، لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ». [طب، طس، «الضعيفة» (520)].

(Palsu) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 520].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.