Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أحيا ليلةَ الفطرِ وليلةَ الأضحى، لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa.
Sahabat Perawi
- ‘Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis no. 1874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبادة بن الصامت - رضي الله عنه - مرفوعاً: «مَن أحيا ليلةَ الفطرِ وليلةَ الأضحى، لم يمت قلبُهُ يومَ تموتُ القلوبُ». [طب، طس، «الضعيفة» (520)].
(Palsu) Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan malam Aidiladha, nescaya jiwanya tidak akan mati pada hari matinya jiwa-jiwa". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 520].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman