Sesiapa yang menghias mana-mana rumah Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من كسا بيتا من بيوت الله فكأنما حج أربعمائة حجة وأعتق أربعمائة نسمة وصام أربعمائة يوم وغزا أربعمائة غزوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghias mana-mana rumah Allah seakan-akan dia telah menunaikan empat ratus haji, membebaskan empat ratus nyawa, berpuasa empat ratus puasa dan berperang empat ratus peperangan.

STATUS

(Terdapat Perawi Bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه أبو سلمة يروي عن الثقات ما ليس من حديثهم.

Di dalam hadith ini terdapat Abu Salamah. Beliau meriwayatkan hadith daripada perawi thiqah yang mana sebenarnya itu bukan hadith-hadith riwayat mereka.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.