TEKS BAHASA ARAB
من طلب الدنيا بعمل الآخرة؛ طمس وجهه، ومحق ذكره، وأثبت اسمه في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengharapkan ganjaran dunia dengan amalan akhirat, wajahnya akan dihapuskan, namanya akan dipadam daripada disebut, dan namanya tertulis di neraka.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2042, hadis nombor 10277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن الجارود مرفوعاً: منْ طلب الدنيا بعملِ الآخرةِ؛ طُمس وجهُهُ، ومُحِق ذكرُه، وأُثبت اسمٌه في النارِ.
[طب، ((الضعيفة)) (5147)]
(Lemah)
Daripada al-Jarud, beliau meriwayatkan secara marfu’: Sesiapa yang mengharapkan ganjaran dunia dengan amalan akhirat, wajahnya akan dihapuskan, namanya akan dipadam daripada disebut, dan namanya tertulis di neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5147]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.