Sesiapa yang menghantarkan sumbangan daripada hartanya untuk tujuan membantu (perjuangan) di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أرسل بنفقته في سبيل الله، وأقام في بيته، فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله؛ فله بكل درهم سبع مائة ألف درهم، ثم تلا هذه الآية: {والله يضاعف لمن يشآء}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghantarkan sumbangan daripada hartanya untuk tujuan membantu (perjuangan) di jalan Allah, sedangkan dia duduk sahaja di rumahnya, maka dia beroleh ganjaran, dari setiap satu dirham yang disedekahkan bersamaan pahala 700 dirham. Sesiapa yang berperang dengan jiwa dan raganya di jalan Allah, serta menyumbangkan hartanya ikhlas mengharapkan wajah Allah, maka dia beroleh pahala bagi setiap satu dirham yang dia sedekahkan bersamaan pahala 700, 000 dirham. Kemudian (Baginda) membaca ayat al-Quran: {Dan Allah pasti menggandakan ganjaran (para penyumbang ke jalan-Nya) bagi sesiapa yang Dia hendaki}[al-Baqarah: 261]."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1034, hadis nombor 5299. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي بن أبي طالب وأبي الدرداء وأبي هريرة وأبي أمامة الباهلي وعبدالله بن عمر وعبدالله بن عمرو وجابر بن عبدالله وعمران بن الحصين – رضي الله عنهم – كلهم يحدث عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنه قال: ((من أرسل بنفقته في سبيل الله، وأقام في بيته، فله بكل درهم سبع مئة درهم. ومن غزا بنفسه في سبيل الله، وأنفق في وجه الله؛ فله بكل درهم سبع مائة ألف درهم، ثم تلا هذه الآية: {والله يضاعف لمن يشآء})). [ه، ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ((الضعيفة))(6834)].

(Munkar)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, Abu al-Darda’ RA, Abu Hurairah RA, Abu Umamah al-Bahili RA, Abdullah bin ‘Umar RA, Abdullah bin ‘Amru RA, Jabir bin ‘Abdillah RA, ‘Imran bin al-Husayn RA, kesemua mereka meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: “Sesiapa yang menghantarkan sumbangan daripada hartanya untuk tujuan membantu (perjuangan) di jalan Allah, sedangkan dia duduk sahaja di rumahnya, maka dia beroleh ganjaran, dari setiap satu dirham yang disedekahkan bersamaan pahala 700 dirham. Sesiapa yang berperang dengan jiwa dan raganya di jalan Allah, serta menyumbangkan hartanya ikhlas mengharapkan wajah Allah, maka dia beroleh pahala bagi setiap satu dirham yang dia sedekahkan bersamaan pahala 700, 000 dirham. Kemudian (Baginda) membaca ayat al-Quran: {Dan Allah pasti menggandakan ganjaran (para penyumbang ke jalan-Nya) bagi sesiapa yang Dia hendaki}[al-Baqarah:261].”
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau dan Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6834].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs