Sesiapa yang menghampiri kematian, kemudian dia berwasiat

TEKS BAHASA ARAB

من حضرته الوفاة، وكانت وصيته على كتاب اللَّه، كانت كفارة لما ترك من زكاته في حياته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghampiri kematian, kemudian dia berwasiat dan wasiatnya itu mengikut kitab Allah, maka itu menjadi penebus dosanya terhadap zakat yang ditinggalkannya semasa hayatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 885, hadis nombor 4546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عن معاوية بن قرة عن أبيه- رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حضرته الوفاة، وكانت وصيته على كتاب اللَّه، كانت كفارة لما ترك من زكاته في حياته)). [ه، الدولابي، ((الضعيفة)) (4033)].

(Lemah)
Daripada Mu’awiyyah bin Qurrah daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghampiri kematian, kemudian dia berwasiat dan wasiatnya itu mengikut kitab Allah, maka itu menjadi penebus dosanya terhadap zakat yang ditinggalkannya semasa hayatnya.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4033]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs