Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حضرته الوفاة، وكانت وصيته على كتاب اللَّه، كانت كفارة لما ترك من زكاته في حياته.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghampiri kematian, kemudian dia berwasiat dan wasiatnya itu mengikut kitab Allah, maka itu menjadi penebus dosanya terhadap zakat yang ditinggalkannya semasa hayatnya.
Sahabat Perawi
- Qurrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 885, hadis no. 4546. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عن معاوية بن قرة عن أبيه- رضي الله عنه - مرفوعا: ((من حضرته الوفاة، وكانت وصيته على كتاب اللَّه، كانت كفارة لما ترك من زكاته في حياته)). [ه، الدولابي، ((الضعيفة)) (4033)].
(Lemah) Daripada Mu'awiyyah bin Qurrah daripada bapanya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghampiri kematian, kemudian dia berwasiat dan wasiatnya itu mengikut kitab Allah, maka itu menjadi penebus dosanya terhadap zakat yang ditinggalkannya semasa hayatnya. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau dan al-Dulabi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4033]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman