Sesiapa yang menghalang bantuan, sebahagian daripada kebakhilan akan melaziminya

TEKS BAHASA ARAB

لا يحل لامرأة تؤمن بالله أن تضع الفرج على السرج، و: من منع الماعون لزمه طرف من البخل، ومنها: لعن الله الناظر والمنظور إليه، ومنها: لا تقولوا مسيجد ولا مصيحف. ونهى عن تصغير الأسماء وأن يسمى حمدون أو علوان أو يعموش وغيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah untuk meletakkan faraj atas pelana, dan “Sesiapa yang menghalang bantuan, sebahagian daripada kebakhilan akan melaziminya”. Antaranya lagi, “Allah melaknat orang yang melihat dan orang yang dilihat”. Antaranya lagi, “Janganlah kalian mengatakan masjid kecil dan juga mushaf kecil dan dia melarang dari mengecilkan nama panggilan (yakni masjid dipanggil musaijid atau mushaf dipanggil musaihif). Dan larangan menamakan dengan Hamdun atau ‘Ulwan atau Ya’mush dan seumpamanya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 250-251, hadis nombor 451. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وإسحاق الملطي له أباطيل، منها: لا يحل لامرأة تؤمن بالله أن تضع الفرج على السرج، و: من منع الماعون لزمه طرف من البخل، ومنها: لعن الله الناظر والمنظور إليه، ومنها: لا تقولوا مسيجد ولا مصيحف. ونهى عن تصغير الأسماء وأن يسمى حمدون أو علوان أو يعموش وغيره.

Dan Ishak al-Malatiy, dia mempunyai hadis-hadis batil, antaranya: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah untuk meletakkan faraj atas pelana” dan “Sesiapa yang menghalang bantuan, sebahagian daripada kebakhilan akan melaziminya”. Antaranya lagi, “Allah melaknat orang yang melihat dan orang yang dilihat”. Antaranya lagi, “Janganlah kalian mengatakan masjid kecil dan juga mushaf kecil dan dia melarang dari mengecilkan nama panggilan (yakni masjid dipanggil musaijid atau mushaf dipanggil musaihif). Dan larangan menamakan dengan Hamdun atau ‘Ulwan atau Ya’mush dan seumpamanya.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs