TEKS BAHASA ARAB
من حكم بين اثنين تحاكما إليه وارتضيا به، فلم يقل بينهما بالحق؛ فعليه لعنة الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menghakimi antara dua orang yang datang kepadanya dan mereka berdua redha akannya, namun tidak mengatakan yang benar kepada mereka berdua, maka ke atasnya laknat Allah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 808, hadis nombor 4167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن جراد قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من حكم بين اثنين تحاكما إليه وارتضيا به، فلم يقل بينهما بالحق؛ فعليه لعنة الله)).
[العسكري في ((التصحيفات))، ((الضعيفة)) (5954)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Jarad berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menghakimi antara dua orang yang datang kepadanya dan mereka berdua redha akannya, namun tidak mengatakan yang benar kepada mereka berdua, maka ke atasnya laknat Allah.
[Riwayat al-Askari dalam al-Tashifat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5954]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.