Sesiapa yang menghafal 40 hadith

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من حفظ على أمّتي أربعين حديثا، لقي اللَّه يوم القيامة فقيها عالما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa dari kalangan umatku yang menghafal 40 hadith, dia akan bertemu Allah SWT pada hari kiamat dalam keadaan penuh kefahaman dan berilmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290-291, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عبد البر وضعفه. وقال في الذيل: هو من أباطيل إسحاق الملطى. وقال في المقاصد: طرقه في جزء. ليس فيها طريق تسلم من علة قادحة وقال البيهقي: هو متن مشهور، وليس له إسناد صحيح.

Ibn Abdul Bar meriwayatkannya dan menilainya sebagai lemah. Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: ia adalah daripada riwayat batil Ishaq al-Multhi Al-Sakhawi berkata di dalam al-Maqasid: Jalan periwayatannya pada satu juzuk, tidak ada satupun daripada jalan periwayatannya yang selamat daripada kecacatan.
Al-Baihaqi berkata : matan hadith ini masyhur dan tidak ada sanad yang sahih darinya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs