Sesiapa yang menghadiri perjumpaan dengan pemimpin, maka hendaklah dia berkata benar atau berdiam diri

TEKS BAHASA ARAB

من حضر إماما؛ فليقل حقا أو ليسكت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menghadiri perjumpaan dengan pemimpin, maka hendaklah dia berkata benar atau berdiam diri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis nombor 4316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من حضر إماما؛ فليقل حقا أو ليسكت)).
[ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن عساكر، عد، ((الضعيفة)) (4587)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghadiri perjumpaan dengan pemimpin, maka hendaklah dia berkata benar atau berdiam diri.
[Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt, Abū Bakr al-Syāfi‘ī dalam al-Fawā‘id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4587]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs