Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حضر إمامًا؛ فلْيقلْ حقًّا أو لِيسكتْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghadiri perjumpaan dengan pemimpin, maka hendaklah dia berkata benar atau berdiam diri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis no. 4316. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من حضر إماما؛ فليقل حقا أو ليسكت)). [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، أبو بكر الشافعي في ((الفوائد))، ابن عساكر، عد، ((الضعيفة)) (4587)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menghadiri perjumpaan dengan pemimpin, maka hendaklah dia berkata benar atau berdiam diri. [Riwayat Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Ṣamt, Abū Bakr al-Syāfi‘ī dalam al-Fawā‘id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4587]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman