Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ حضرَ معصيةً فكرهَها؛ فكأنما غاب عنها، ومَن غاب عنها وأحبَّها؛ فكأنَّما حضرَها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menghadiri kemaksiatan, tetapi dia membencinya, maka seolah-olah dia tidak menghadiri maksiat tersebut. Dan Sesiapa yang tidak menghadiri kemaksiatan tetapi dia menyukainya, seolah-olah dia menghadiri maksiat tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis no. 10229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من حضر معصية فكرهها؛ فكأنما غاب عنها، ومن غاب عنها وأحبها؛ فكأنما حضرها. [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (4588)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Sesiapa yang menghadiri kemaksiatan, tetapi dia membencinya, maka seolah-olah dia tidak menghadiri maksiat tersebut. Dan Sesiapa yang tidak menghadiri kemaksiatan tetapi dia menyukainya, seolah-olah dia menghadiri maksiat tersebut. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4588]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman