Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ استَعْمَل رَجُلًا على عِصابةٍ، وفي تلك العِصابةِ مَنْ هو أرضَى للهِ منه؛ فقد خان اللهَ ورسولَه، وخان جماعةَ المسلمينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menggunakan seorang lelaki untuk memimpin sekumpulan manusia, dan dalam kumpulan manusia itu ada orang yang lebih Allah redai daripadanya, maka dia telah mengkhianati Allah dan rasul-Nya, dan mengkhianati sekumpulan orang-orang Islam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis no. 4315. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من استعمل رجلا على عصابة، وفي تلك العصابة من هو أرضى لله منه؛ فقد خان الله ورسوله، وخان جماعة المسلمين)). [عق، عد، ابن أبي عاصم، ((الضعيفة)) (4545)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menggunakan seorang lelaki untuk memimpin sekumpulan manusia, dan dalam kumpulan manusia itu ada orang yang lebih Allah redai daripadanya, maka dia telah mengkhianati Allah dan rasul-Nya, dan mengkhianati sekumpulan orang-orang Islam. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn Abī ‘Āṣim dalam al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman