Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن انقطعَ إلى اللهِ، كفاهُ اللهُ كلَّ مؤنةٍ، ورزقَهُ مِن حيثُ لا يحتسبُ. ومَن انقطعَ إلى الدُّنيا وكَلَهُ اللهُ إليها.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menggunakan seluruh waktunya (beribadat) kepada Allah, Allah akan mencukupkan bekalan baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka. Dan Sesiapa yang menggunakan seluruh waktunya kepada dunia, Allah akan meninggalkannya kepada dunia.
Sahabat Perawi
- Imran bin Husain RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2066, hadis no. 10381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Imrān bin Ḥuṣain RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menggunakan seluruh waktunya (beribadat) kepada Allah, Allah akan mencukupkan bekalan baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka. Dan Sesiapa yang menggunakan seluruh waktunya kepada dunia, Allah akan meninggalkannya kepada dunia. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ dan al-Mu’jam al-Ṣaghīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh, al-Syajarī dalam al-Amālī, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Farj, al-Bayhaqī dalam Syu‘ab al-Īmān, dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6854]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman