Sesiapa yang menggembirakannya untuk mendahului orang yang tekun dan berusaha keras

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يسبق الدائب المجتهد؛ فليكف عن الذنوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggembirakannya untuk mendahului orang yang tekun dan berusaha keras, maka hendaklah dia berhenti daripada melakukan dosa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065 hadis nombor 10378. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من سره أن يسبق الدائب المجتهد؛ فليكف عن الذنوب.
[ع، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6689)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menggembirakannya untuk mendahului orang yang tekun dan berusaha keras, maka hendaklah dia berhenti daripada melakukan dosa.
[Riwayat Abū Ya’lā dalam Musnadnya, dan Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6689]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.