Sesiapa yang menggembirakan saudaranya yang beriman

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من سر أخاه المؤمن فقد سر الله – وفي لفظ: من سر مؤمنا فإنما يسر الله – ومن عظم مؤمنا فإنما يعظم الله، ومن أكرم مؤمنا، فإنما يكرم الله.
وفي رواية: من سر المؤمن فقد سرني، ومن سرني فقد سر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menggembirakan saudaranya yang beriman, maka dia mengembirakan Allah.
Dalam lafaz lain: Sesiapa yang mengembirakan mana-mana orang beriman, maka dia mengembirakan Allah. Dan sesiapa yang mengangung seseorang yang beriman maka dia mengagungkan Allah dan sesiapa yang memuliakan seseorang yang beriman maka dia sebenarnya memuliakan Allah.
Dalam riwayat lain: Sesiapa yang mengembirakan seseorang yang beriman maka sesungguhnya dia telah mengembirakanku dan sesiapa yang mengembirakanku maka sesungguhnya dia mengembirakan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 183, hadis nombor 569. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكلها كذب على رسول الله [صلى الله عليه وسلم].

Semuanya dusta ke atas nama Rasulullah SAW.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs