Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menggantung pelita di masjid

Teks Bahasa Arab

حديث: "من علق في مسجد قنديلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى ينطفىء ذلك القنديل ومن بسط فيه حصيرا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى ينقطع ذلك الحصير".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang menggantung pelita di masjid, 70000 malaikat akan mendoakannya sehingga terpadamnya pelita tersebut. Dan sesiapa yang menghamparkan tikar di masjid, 70000 malaikat akan mendoakannya sehingga rosaknya tikar tersebut”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده عمر بن صبح كذاب.

Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Umar bin Subh dan dia merupakan seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.