Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang menggali sebuah lubang

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من حفر لِأَخِيهِ حُفْرَة وَقع فِيهَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang menggali sebuah lubang untuk saudaranya (agar dia terjatuh ke dalamnya), dia pasti terjerumus ke dalam lubang tersebut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 180, hadis no. 558. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث، ومعناه صحيح {ولا يحيق المكر السيء إلا بأهله} [فاطر: 43] .

Ia bukan hadis, namun maknanya betul: "Dan rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri". [Surah Fatir, ayat 43]

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.