Sesiapa yang menggali kubur, Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حفر قبرا؛ بنى الله له بيتا في الجنة، ومن غسل ميتا؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، ومن كفن ميتا؛ كساه الله من حلل الكرامة، ومن عزى حزينا؛ ألبسه الله التقوى وصلى على روحه في الأرواح، ومن عزى مصابا؛ كساه الله حلتين من حلل الجنة، لا تقوم لهما الدنيا، ومن اتبع جنازة حتى دفنها؛ كتبت له ثلاثة قراريط ؛ القيراط منها أعظم من جبل أحد، ومن كفل يتيما أو أرملة؛ أظله الله في ظله وأدخله جنته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggali kubur, Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga. Sesiapa yang memandikan mayat, dosanya akan keluar seperti mana hari dia dilahirkan oleh ibunya. Sesiapa yang mengkafankan mayat, Allah akan memakaikan dia perhiasan kemuliaan. Sesiapa yang memberikan takziah kepada orang yang sedang bersedih, Allah akan memakaikan dia takwa dan memberikan kesejahteraan kepada rohnya pada roh-roh. Sesiapa yang memberikan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, Allah akan memakaikan dia dua perhiasan daripada perhiasan-perhiasan syurga yang tidak mampu ditanggung oleh dunia. Sesiapa yang mengikuti jenazah sehingga selesai dikebumikan, Allah akan menuliskan baginya tiga qirat, satu qirat lebih besar daripada bukit Uhud. Sesiapa yang mencukupkan keperluan anak yatim atau janda, maka Allah akan memayungi dia dalam naungannya dan memasukkan dia ke dalam syurga-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis nombor 3484. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((من حفر قبراً؛ بنى الله له بيتاً في الجنة، ومن غسل ميتاً؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه، ومن كفن ميتاً؛ كساه الله من حلل الكرامة، ومن عزى حزيناً؛ ألبسه الله التقوى وصلى على روحه في الأرواح، ومن عزى مصاباً؛ كساه الله حلتين من حلل الجنة، لا تقوم لهما الدنيا، ومن اتبع جنازة حتى يقضى دفنها؛ كتبت له ثلاثة قراريط؛ القيراط منها أعظم من جبل أحد، ومن كفل يتيماً أو أرملة؛ أظله الله في ظله وأدخله جنته)). [طس، ((الضعيفة)) (5002)]

(Lemah) Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menggali kubur, Allah akan membina baginya sebuah rumah di syurga. Sesiapa yang memandikan mayat, dosanya akan keluar seperti mana hari dia dilahirkan oleh ibunya. Sesiapa yang mengkafankan mayat, Allah akan memakaikan dia perhiasan kemuliaan. Sesiapa yang memberikan takziah kepada orang yang sedang bersedih, Allah akan memakaikan dia takwa dan memberikan kesejahteraan kepada rohnya pada roh-roh. Sesiapa yang memberikan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, Allah akan memakaikan dia dua perhiasan daripada perhiasan-perhiasan syurga yang tidak mampu ditanggung oleh dunia. Sesiapa yang mengikuti jenazah sehingga selesai dikebumikan, Allah akan menuliskan baginya tiga qirat, satu qirat lebih besar daripada bukit Uhud. Sesiapa yang mencukupkan keperluan anak yatim atau janda, maka Allah akan memayungi dia dalam naungannya dan memasukkan dia ke dalam syurga-Nya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5002]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.