Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ جَمَعَ بَيْنَ صَلاتَيْنِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ فَقَدْ أَتَى بَابًا من أَبْوَاب الْكَبَائِر.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menggabungkan di antara dua solat tanpa ada keuzuran, maka dia telah masuk ke salah satu pintu dosa besar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 39. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي الوجيز ابن عباس «من جمع بين صلاتين من غير عذر فقد أتى بابا من أبواب الكبائر» فيه حسين بن قيس كذبه أحمد قلت أخرجه الترمذي، وقال حسين ضعفه أحمد والعمل عليه فأشار أن العمل يعضد الحديث وقد صرح غير واحد بأن دليل الصحة قول أهل العمل به وإن لم يكن له إسناد معتمد وله شاهد عن عمر مرفوعا.
Di dalam kitab al-Wajiz menyebut daripada Ibn ‘Abbas: “Sesiapa yang menggabungkan di antara dua solat tanpa ada keuzuran, maka dia telah masuk ke salah satu pintu dosa besar.” Di dalam sanad hadith ini terdapat perawi yang bernama Husain bin Qays. Imam Ahmad menghukumnya sebagai perawi yang berdusta. Aku katakan: al-Tirmizi meriwayatkan hadith ini. Beliau (al-Tirmizi) berkata: Imam Ahmad menilainya sebagai perawi yang lemah dan ia diamalkan. Beliau memberi petunjuk bahawa pengamalan terhadap satu perbuatan menjadi sokongan terhadap hadith. Ramai ulama menjelaskan bahawa bukti kesahihan sesuatu adalah bersandarkan ucapan orang yang mengamalkannya walaupun ia tidak mempunyai sanad yang kukuh. Ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Umar secara marfu’.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman