Sesiapa yang mengerjakan ibadat haji atau umrah di rumah ini

TEKS BAHASA ARAB

هذا البيت دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت، أو اعتمر فهو ضامن على الله، فإن مات أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله؛ رده بأجر وغنيمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rumah ini (Kaabah) ialah salah satu tiang penyokong Islam. Sesiapa yang mengerjakan ibadat haji atau umrah di rumah ini maka dia berada dalam jaminan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. Sekiranya dia kembali kepada ahli keluarganya, dia pulang dengan membawa ganjaran dan keuntungan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2062, hadis nombor 10358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر -رضي الله عنه-، قال: إن النبي صلى الله عليه وسلم قال: هذا البيت دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت أو اعتمر، فهو ضامن على الله، فإن مات؛ أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله رده بأجر وغنيمة.
[طس، ((الضعيفة)) (6041)]

(Lemah)
Daripada Jābir RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Rumah ini (Kaabah) ialah salah satu tiang penyokong Islam. Sesiapa yang mengerjakan ibadat haji atau umrah di rumah ini maka dia berada dalam jaminan Allah. Sekiranya dia meninggal dunia, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. Sekiranya dia kembali kepada ahli keluarganya, dia pulang dengan membawa ganjaran dan keuntungan.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6041]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs