Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mengerjakan haji, menziarahi kuburku, berperang dalam satu peperangan dan berselawat kepadaku di Baitul Maqdis

Teks Bahasa Arab

حديث. "من حج حجة الإسلام وزار قبري وغزا غزوة وصلى علي في بيت المقدس لم يسأله الله عما افترض عليه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang mengerjakan haji, menziarahi kuburku, berperang dalam satu peperangan dan berselawat kepadaku di Baitul Maqdis Allah tidak akan bertanya kepadanya apa yang diwajibkan ke atasnya

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 109, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: باطل.

Al-Suyuthi berkata di dalam al-Zail: hadith ini batil

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.