Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan tenang

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عرف نفسه استراح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan tenang.

STATUS

Tiada dalam hadith marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 191, hadis nombor 595. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع، بل يروى من كلام سفيان بن عيينة.

Tiada dalam hadith marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), sebaliknya ia diriwayatkan daripada ucapan Sufyan bin ‘Uyainah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs