Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu kotoran dari masjid, Allah akan membina baginya rumah di syurga

TEKS BAHASA ARAB

من ‌أخرج ‌أذى من المسجد، بنى الله له بيتا في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu kotoran dari masjid, Allah akan membina baginya rumah di syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis nombor 3571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌أخرج ‌أذى من المسجد، بنى الله له بيتا في الجنة)). [ه، ((الضعيفة)) (٦٥١٨)]

(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu kotoran dari masjid, Allah akan membina baginya rumah di syurga. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6518]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs