Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أخرجَ أذًى مِنَ المسجِدِ، بَنى اللَّهُ لَه بيتًا في الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu kotoran dari masjid, Allah akan membina baginya rumah di syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis no. 3571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengeluarkan sesuatu kotoran dari masjid, Allah akan membina baginya rumah di syurga. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6518]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman