Sesiapa yang mengeji Ali sesungguhnya dia mengeji aku

TEKS BAHASA ARAB

من سب عليا فقد سبني، ومن سبني سبه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengeji Ali sesungguhnya dia mengeji aku. Sesiapa yang mengeji aku, Allah akan mengejinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis nombor 9146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي إسحاق السبيعي، قال: حججت وأنا غلام، فمررت بالمدينة، فرأيت الناس عنقا واحدا، فاتبعتهم، فأتوا أم سلمة زوج النبي ﷺ، فسمعتها وهي تقول: يا شبيب بن ربعي! فأجابها رجل جلف جاف: لبيك يا أمه! فقالت: أيسب رسول الله ﷺ في ناديكم؟ فقال: إنا نقول شيئا نريد عرض هذه الحياة الدنيا، فقالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: من سب عليا فقد سبني، ومن سبني سبه الله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2310)]

(Munkar) Daripada Abu Ishak al-Sabi’ie berkata: Aku menunaikan haji tatkala aku masih lagi seorang budak dan aku singgah di Madinah. Kemudian aku melihat manusia berkumpul di satu tempat dan aku mengikuti mereka. Lalu datang Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW, dan aku mendengar dia berkata: Wahai Syabib bin Rubu’ie. Maka datanglah padanya lelaki yang kurus kering: Aku menyahut seruanmu wahai ibu. Ummu Salamah berkata: Adakah engkau mengeji Rasulullah SAW di kampungmu? Lalu dia menjawab: Kami mengatakan sesuatu yang kami hendakkan balasan dunia. Lalu Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengeji Ali sesungguhnya dia mengeji aku. Sesiapa yang mengeji aku, Allah akan mengejinya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2310]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs