Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من سبَّ عليًّا فقد سبَّنِى، ومن سبَّنِى سبَّهُ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengeji Ali sesungguhnya dia mengeji aku. Sesiapa yang mengeji aku, Allah akan mengejinya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis no. 9146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي إسحاق السبيعي، قال: حججت وأنا غلام، فمررت بالمدينة، فرأيت الناس عنقا واحدا، فاتبعتهم، فأتوا أم سلمة زوج النبي ﷺ، فسمعتها وهي تقول: يا شبيب بن ربعي! فأجابها رجل جلف جاف: لبيك يا أمه! فقالت: أيسب رسول الله ﷺ في ناديكم؟ فقال: إنا نقول شيئا نريد عرض هذه الحياة الدنيا، فقالت: سمعت رسول الله ﷺ يقول: من سب عليا فقد سبني، ومن سبني سبه الله. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2310)]
(Munkar) Daripada Abu Ishak al-Sabi’ie berkata: Aku menunaikan haji tatkala aku masih lagi seorang budak dan aku singgah di Madinah. Kemudian aku melihat manusia berkumpul di satu tempat dan aku mengikuti mereka. Lalu datang Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW, dan aku mendengar dia berkata: Wahai Syabib bin Rubu’ie. Maka datanglah padanya lelaki yang kurus kering: Aku menyahut seruanmu wahai ibu. Ummu Salamah berkata: Adakah engkau mengeji Rasulullah SAW di kampungmu? Lalu dia menjawab: Kami mengatakan sesuatu yang kami hendakkan balasan dunia. Lalu Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengeji Ali sesungguhnya dia mengeji aku. Sesiapa yang mengeji aku, Allah akan mengejinya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2310]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman