TEKS BAHASA ARAB
من قدم من نسكه شيئا أو أخره؛ فلا شيء عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mengawalkan sesuatu daripada ibadat haji atau melewatkannya, tiada apa-apa ke atasnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis nombor 3820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال النبي ﷺ: «من قدم من نسكه شيئا أو أخره؛ فلا شيء عليه».
[هق، «الضعيفة» (4630)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengawalkan sesuatu daripada ibadat haji atau melewatkannya, tiada apa-apa ke atasnya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4630].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.