Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قدَّمَ مِن نسُكِهِ شيئًا أو أخَّرَهُ؛ فلا شَيءَ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengawalkan sesuatu daripada ibadat haji atau melewatkannya, tiada apa-apa ke atasnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis no. 3820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال النبي ﷺ: «من قدم من نسكه شيئا أو أخره؛ فلا شيء عليه». [هق، «الضعيفة» (4630)].
(Daif) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mengawalkan sesuatu daripada ibadat haji atau melewatkannya, tiada apa-apa ke atasnya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4630].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman