Sesiapa yang mengasihi seorang lelaki kerana Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

من أحب رجلا لله، فقال: إني أحبك في الله، فدخلا جميعا الجنة، فكان الذي أحب أرفع منزلة من الآخر ؛ ألحق بالذي أحب لله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengasihi seorang lelaki kerana Allah SWT, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah,’’ maka kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan orang yang dikasihi itu lebih tinggi kedudukannya daripada temannya. Lalu dia diikuti oleh orang yang mengasihi kerana Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis nombor 345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((‌من ‌أحب ‌رجلاً ‌لله، ‌فقال: ‌إني ‌أحبك ‌في ‌الله، ‌فدخلا ‌جميعاً ‌الجنة، ‌فكان ‌الذي ‌أحب ‌أرفع ‌منزلة ‌من ‌الآخر؛ ‌ألحق ‌بالذي ‌أحب ‌لله)).
[عبد بن حميد، البزار، طب، ((الضعيفة)) (‌‌3536)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū‘: “Sesiapa yang mengasihi seorang lelaki kerana Allah SWT, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku mengasihi kamu kerana Allah,’’ maka kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan orang yang dikasihi itu lebih tinggi kedudukannya daripada temannya. Lalu dia diikuti oleh orang yang mengasihi kerana Allah.”
[Riwayat ‘Abd ibn Ḥumayd dalam al-Muntakhab, al-Bazzār dalam Mu‘jamnya, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3536).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs