Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ ألفَ المساجدَ ألفَهُ اللهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mengasihi (hati sentiasa terpaut dengan) masjid-masjid, nescaya Allah akan mengasihi dirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis no. 1441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من ألف المساجد ألفه الله)). [عد، طس، ((الضعيفة)) (3060)]
(Daif) Daripada Abi Sa’id al-Khudri ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mengasihi (hati sentiasa terpaut dengan) masjid-masjid, nescaya Allah akan mengasihi dirinya. [Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3060]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman