TEKS BAHASA ARAB
حديث: من رفع يديه في الركوع فلا صلاة له.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mengangkat tangannya ketika rukuk maka solatnya tidak dikira.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 182, hadis nombor 566. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
باطل، قال ابن قيم الجوزية: وضعه محمد بن عكاشة الكرماني، عن أنس قال: وأحاديث المنع من رفع اليدين عند الركوع والرفع منه كلها باطلة لا يصح منها شيء.
Batil, Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Direka oleh Muhammad bin Ukasyah al-Kirmani daripada Anas. Beliau berkata: Hadith-hadith tentang tegahan mengangkat kedua tangan ketika rukuk dan bangun daripada rukuk kesemuanya adalah batil, tidak sahih satu pun daripadanya.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.